Pemantapan diri



Rasenya dah terlalu lama cik hana lady tak memanjakan diri dengan buku-buku ilmiah,novel dan bahan bacaan lain...Sebenarnya cik hana lady lebih suka mengisi masa lapang cik hana lady dengan membaca....tapi ikot mood gak,,hihihi...

aritu cik hana lady g alor star cari hadiah tok student n cik hana lady tergerak tok beli buku nie...heheheh...rase berpuas aty sgt dengan pembelian kali ini...dah lame dah cik hana lady menginginkan nya...

Bila direnung, di fikirkan,di dalami aty nie selalu meronta-ronta dan berkata bahawa dah tiba masa tok diri nie berubah...berubah kedapa sesuatu yang lebih baik...selama nie cik hana lady mengharapkan seseorng yang akan tolong cik hana lady tok membuat anjakan paradikma buat diri cik hana lady sendiri...tapi sampaibila kan nk tunggu...so cik hana lady mengambil keputusan tok cik hana lady sendri yang bagi semangat pada diri cik hana lady...yesss i can do it...i must do it for my self...bumi nie dah semakin tua...dah terlalku hampir dengan kemusnahan...n cik hana lady berharap agar cik hana lady sempat memohon keampunan di atas segala kesilapan yang pernah cik hana lady lakukan...




umur pun semakin meningkat so cik hana lady mmg perlu berudah..menjadi insan yang berguna,beribadah kepada dia yang esa...memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala dose2 yang lalu...N cik hana lady amat berharap kebahgiaan yang cik hana perolehi ini kekal buat selamanya...

Andai DIA MR RED adalah lelaki yang akan menikahi cik hana lady,membimbing cik hana lady,menjadi imam tok cik hana lady,menjadi bapa kepada anak2 cik hana lady,membahagiakan cik hana lady dan kedua ibu bapa cik hana lady...cik hana lady berdoa semoga Allah swt mendekatkan hati kami walau kami jauh,memberi ketabahan dan kesabaran kepada kami dalam menempuh segala dugaan yang datang,menjauhkan kami dari godaan syaitan,dan mempermudahkan segala urusan kami berdua...aminnnn....




Sesungguhnya terlalu bayak lagi ilmu,kesedian,dan perkara-perkara lain yang perlu difikirkan,diperolehi,dikaji,di cari dan diselesaikan sebelum cik hana lady bergelar seorang isteri.cik hana lady bukan lah insan yang sempurna...yang sempurna dri semua segi..xde rupa,xde harta..cik hana lady berharap agar dia dapat menerima cik hana lady seadanya...

Semoga dengan pembacaan kali ini mampu memantapkan diri cik hana lady tok jadi yang lebih baik dri semalam dan menjadi yang terbaik tok insan bergelar suami dan hamba Allah SWT dimuka bumi ini...aminnnnn



Rase @Re_T_kU....



TIBE - TIBE TERASA WINDU PADA KAMU...

(^_^)




SAYANG CIKGU....



Ini adalah student yang sangat manje dengan cik hana lady...
pantang xde cikgu kat kelas dia akan cari cik hana lady kat bilik guru...
cikgu hana mai r masuk kelas kami...kelas kami xde cikgu..
tu lah diantara ayat-ayat yang selalu diperkatakan...
hihihi...
pagi-pagi cik hana lady sampai kelas jer mesti c balqis nie dah sedia menanti...
best gak jadi cikgu nie...
cik hana lady appy melihat ragam-ragam student cik hana lady yang pelbagai ni..
semoga cik hana lady dapat menjadi seorang guru yang cemerlang kelak..
aminnn...

DETIK DI OBSERVE.....




Salam Sayang tok semua ...hari ini cik hana lady nak bercerita tentang detik detik cik hana lady di observe oleh pensyarah...sungguh berbebar2 aty nie...takot student x dapat mak menyiapkan projek dalam mase yang ditetapkan...

Cik hana lady telah membuat perancangan untuk membuat topik reka bentuk dan teknologi iaitu pemasangan model...n model yang cik hana pilih adalah skuter...hihihi...agak rumit juga nak buat..tapi cik hana lady percaya yang student cik hana lady leh wat....

beratus2 ringgit cik hana lady melabur untuk persiapan sebelum diobserve oleh pensyarah...dari persiapan bilik,peralatan,baham bantu mengajar,model kit skuter dan hadiah tok stident...dan hasilnya sangat memuaskan walau pon ada 1 bnde yang cik hana lady terlepas pandang iaitu penerapan nilai...

oleh kerana terlalu memikirkan tentang ketakutan akan student cik hana lady tak sempat tsiapkan model membuatkan cik hana lady lupa nk terapkan penerapan nilai pada pelajar....tapi objektif cik hana lady tetap tercapai apabila student dapat menyiapkan model dalam masa yang ditetapkan...dan cik hana lady sangat bersyukur....berikut adalah gambar-gambar semasa cik hana lady di observe...


Inilah En Tajul atau lebih dikenali double B...


fail praktikum ku...


memberi tunjuk ajar pada pelajar....


group perempuan yang dapat menyiapkan model terlebih dahulu..


group yang sangat manje....tension...


BINTANG KEHIDUPAN - NIKE ARDILLA

PENANTIAN

Orang kata, "penantian tu satu penyeksaan". Betul ke?

Kalau terseksa dalam menunggu, mesti tak ramai yang suka nak menunggu-nunggu ni.

Bukti 1

Ada orang ajak keluar cari barang. Janji nak keluar pukul 2 petang. Bukan main lagi pukul 1.45 petang ni dah bersiap, tinggal nak melangkah sempadan pintu gate rumah je. Tengok-tengok yang tukang ajak keluar tu la yang lambat setengah jam. Tak pasal-pasal kena menunggu orang lain pulak. Kalau tengah free takpe lagi nak menunggu, tapi kalau banyak lagi kerja nak kena beres, teruji jugakesabaran cik hana lady bila kena menunggu tu.

Bukti 2

Masa sekolah dulu-dulu, habis je exam, mesti masing-masing terus buat satu kumpulan, riuh rendah duk pakat bincang ramai-ramai soalan exam yang baru jawab tadi. Dan sememangnya, setiap kali cikgu-cikgu melangkah ke kelas, semua mata akan fokus tepat pada tangan cikgu, sama ada kertas jawapan exam ada ataupun tidak. Kononnya, selagi tak dapat tahu markah exam, selagi tu hidup tak tenang, tidur malam pun tak lena.

Bukti 3

Bakar biskut dalam oven waktu Ramadhan sememangnya sangat memerlukan kesabaran yang besar. Nak-nak lagi aroma biskut yang sangat mengancam. Tambah-tambah adik kecil yang belum mula berpuasa, makan biskut yang tengah panas-panas lagi depan mata. Kruk krak kruk krak tanpa peduli orang lain. Waktu macam tu, dalam hati berkobar-kobar tunggu waktu berbuka. 3 jam lagi.. 1 jam lagi.. 15 minit lagi.. Cepat-cepat, ni muzik promo sebelum diumumkan azan maghrib dalam PERLIS FM. Hehe.. Nostalgia betul.. :)

Tapi, betul ke semua penantian tu satu penyeksaan?

Satu perkara ni, saban hari Cik Hana Lady tunggu tanpa jemu. Dari hari ke hari tak letih-letih menanti. Tapi tak pernah terseksa pula sepanjang penantian, cuma persoalan je yang banyak bermain di fikiran.

Kalau di kira-kira, agak lama la jugak menanti yang satu ni muncul. Pelik. Sepatutnya, waktu macam ni, dah lama dah nampak, kenapa tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.

Ya, saban hari cik hana lady menanti bunga-bunga kuning dan putih muncul di sebalik lalang-lalang hijau yang melatari alam sepanjang ke jami'ah. Setiap hari tunggu.

Dua tiga minggu ni, bunga-bunga kuning dah mula membuka kelopak. Tapi tak banyak, sekadar di tepian jalanan sahaja. Hati teringin nak saksikan keindahan itu sekali lagi, keindahan seperti yang Dia pinjamkan untuk hambanya.

Mulut pun dah entah berapa kali bertanya kawan sebelah, "bilelah nak masanya..?" Entahlah, mungkin musimnya belum tiba, tapi sungguh hati ni rindu.

Namun Hati masih gembira bila meneroka alam. Walau sang alam tiada akal, tapi alam mampu berkongsi kedamaian yang ada dengan hati.Sesungguhnya ANGIN..BULAN ..BINTANG...tetap ada menemani walau tidak kelihatan....


FADHILAT AYAT KURSI



AYAT KURSI


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan Rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah. ..

* disini cik hana lady nak berkongsi pengalamam yang cik hana lady telah kaji sendiri tentang kelebihan ayat kursi ni,Bila lepas solat kita baca ayat kursi sebanyak 3 kali kita akan rase mudah tok solat bg waktu yang seterusnya..Tapi bile cik hana lady xbaca ayat kursi pas solat, tok waktu yg seterusnya macam malas2 jer nk solat...sesungguhnya ada kebenarannya...silalah amalkannya...semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan perlindungan ALLAH SWT dari godaan-godaan syaitan....aminnnn...

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH:



Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufiq sebagaimana yang Engkau cintai...




.......(^_^).......