SEBELUM BERAKHIRNYA REJAB

KEHADIRANMU WAHAI REJAB....

Akhirnya bulan Rejab muncul kembali dan kita sebagai Muslim harusnya berasa bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini.DAN kini ianya semakin lama pergi meninggalkan kita...REJAB merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


Doa Di Bulan Rejab:

1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

PRAKTIKUM FASA 2

salam semua...

hari ini cik hana lady(CHL) ingin berkongsi pengetahuan tentang PROGRAM LATIHAN MENGAJAR ( PRAKTIKUM) yang perlu dilaksanakan oleh semua pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia...

Untuk pengetahuan semua praktikum adala salah satu komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan perkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru...kami perlu menjalani praktikum selama 3 fasa iaitu :

  1. Fasa 1 = selama 1 bulan
  2. Fasa 2 = selama 2 bulan
  3. Fasa 3 = selama 3 bulan

dengan adanya Program Latihan Mengajar ini mampu melatih semua pelatih guru untuk :

  1. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri,serta mengamalkan nilai profesional keguruan.
  2. membina daya suai,daya tahan ,daya saing, dan daya cipta
  3. meningkatkan kemahiran memerhati,keprihatinan dan kepekaan terhadap murid
  4. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
  5. menyatupadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran
  6. menguasai strategi pengajaran
  7. dan yang paling penting ialah..membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru
dan sebagai seorang pelatih guru sendiri yang sedang menjalani praktikum CHL merasakan ianya memang harus dilaksanakan dan memberi banyak kebaikan kepada semua pelatih guru yang bakal menjadi seorang guru kelak...CHL amat bersyukur kerana berada dalam profesion ini...dan CHL berjanji pada dri sendiri bahawa CHL akan membuat yang terbaik demi generasi akan datang...

dan untuk praktikum FASA 2 yang akan bermula pada minggu hadapan CHL dah get ready dri awal-awal...sangat bersemangat untuk pergi ke sekolah..segala aktiviti..rancangan pengajaran telah pun CHL susun dengan teratur...supaya semuanya berjalan dengan baik dan murid-murid CHL akan seronok dengan segala aktiviti yang akan CHL jalankan selama 2 bulan di sekolah nanti...tak dapat jadi pelajar cemerlang pun tak apalah asalkan CHL dapat memberi yang terbaik untuk murid-murid CHL kelak....

semoga semuanya berjalan dengan lancar....AMINNNN...



buku rangacan pengajaran siap...



file praktitum dan segala perancangan pun dah siap



praktikum kali ini bertema kan hijau yer...
baju tok firstday pun hijau...
kalu sempat cri kasut n beg pun berunsurkan warna hijau..hihihi..(,")


biodata untuk tatapan GURU BESAR...mintak2 GB kali sporting..
leh g jalan-jalan lagi

~~...SAYA BANGGA MENJADI GURU...~~



PANADOL... ACTIFAST and SOLUBLE

SALAM 1 MALAYSIA ...

cik hana lady nak kongsi sesuatu mengenai bahayanya panadol,actifast dan soluble yang selama nie korang jadikan sebagai ubat bile sakit kepala...so far Cik hana lady memang tak makan ubat-ubat nie..kecuali betul2 terpaksa...mari sama-sama kita baca...ok...



ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .



Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda menga

mbilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Sumber :- http://www..omaQ. org


now dah tahu kan betapa bahayanya klu kita mengamalkan pengambilan panadol...aktifast dan soluble...mase untuk berubah..demi kesihatan kita bersama...Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda..ok....


~sayangilah diri anda~



IMPIAN atau sekadar HARAPAN

SALAM SEMUA....

Hari nie cik hana lady(CHL) nak berkongsi tentang perasaan CHL untuk minggu ni..Minggu nie adalah minggu pertama bagi CHL di maktb untuk semesta baru iaitu semesta 6..so far CHL sebenarnya gembira untuk menjalani semesta baru ini...Tapi kegembiraan tu cuma sementara jer...

lepas dapat keputusan semesta lepas CHL kecewa dengan diri sendiri..terkejut dengan keputusan yang CHL perolehi..huhuhu..sedih tak terkata...segala harapan CHL selama nie musnah...CHL ingt CHL akan semakin menghampiri kejayaan tapi ternyata tidak...CHL semakin jauh dengan kejayaan dan CHL perlukan usaha yang sangat tinggi untuk mencapai impian CHL....

Seperti sebelum nie CHL penah kata CHL ada 2 IMPIAN CITA DAN CINTA....cinta...CHL dah bertemu dengan someone yang boleh buat CHL appy,.tp tak tahu lah sapa CHL kat ati dia...kadang2 terasa dekat...kadang2 terasa jauh...biarlah mase yang menentukan segala nya...Kalu jodoh tak kemana....untuk CITA...CHL nk teruskan pelajaran...tp bile dh down cam nie terase kecewa sikit lah...mampu ker CHL merasa kebahgiaan dgn CINTA n CITA...

CHL pun penah kata seandainya selepas tamat pengajian CHL dekat Institut Perguruan Perlis nie and CHL msih tak punya CINTA...CHL xkan fikir dh pasal CINTA...tu janji CHL...dan mase tu ape yang penting adalah kerjaya CHL...dan CHL akan pergi jauh dari sini...jauh dari semua kegembiraan..kesakitan.kebahgiaan,,dan kedukaan yang CHL dh lalui selama nie....tulah rancagan dalam kehidupan CHL....CHL penah menyuarakan bende nie pada family CHL...so far semua takut...takot kalu CHL betul2 pergi kuar dari malaysia nie n jauh dari mereka...hihihihi....Tapi mmg tu yang akan CHL lakukan andai CHL xpunya cinta....huhuhuu....

kadang-kadang xsalah kalu kita pergi kesuatu tempat yang baru untuk mencari sesuatu yang baru....terlalu banyak yang telah CHL lalui...walau apa pun yang berlaku untuk setahun akan datang nie...CHL akan belaja bersungguh-sungguh...CHL pasti mampu untuk buat yang lebih baik dari sebelum nie...semoga CINTA dan CITA CHL menjadi suatu IMPIAN yang nyata....aminnnn...




....saya sayang diri saya...family saya...DIA...dan bff saya...
...LUV u so muchhh...
(~_^)





KENAPA AKU DIUJI.....


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadanya aq bertawakal

when i'm walking down....


When im walking down a really dangerous path, a path between fantasy and reality, love and hate, acceptance and denial, truth and falsehood , self and others , light and darkness,,I tend to have something to hold on to- because if not, I'll be gone, and lose myself.

Some people say that it's my faith, it's my convictions..some are most simplistic, rather than some abstract forms of consciousness, they argue that one should hold on to their families, their memories ....

The one who will continue to love me most , regardless of what happened down my journey.

Maybe they are all true. Maybe not. Who knows?

But firstly what is it with these desires to actually walking down such a dangerous and potentially meaningless path?

Desire....

For me, it's just desire. A sense of curiosity, a lamentation of life and its tragic idleness. An individual self seeking depths of water unattainable within the grounds of the current constructs of life circling humanity. Trying to break the unbreakable. Unveil the unattainable mysteries.

Is it a fun journey? Hardly. It was lonely, full of deception, full of dilemma. Full of difficult choices.very confusing.but i will try must best...i can't stand here and just look other person's success...wake up hana....i know i can do it better than this....