Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita


salam 1 Malaysia tok semua...Ari nie cik hana lady nak berkongsi tentang INSAN bergelar LELAKI...seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita.
Lelaki  tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai
wanita menganggap lelaki sukar difahami,cik hana lady sendiri beranggapan seperti itu..tapi xsanggka pula pendapat lelaki sama dengan kita,Diaorang kata pempuan nie sukar difahami. SO...mane yang betull nie...?

Berikut adalah beberape penyataan yang cik hana lady bace tok cik hana lady mencari jawapan bagi persoalan cik hana lady...n cik hana lady nk berkongsi bersama rakan2 bebarapa sifat lelaki secara umum agar kita mudah memahami mereka:

  
Hidup
lelaki lebih mudah


Lelaki
lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki
sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi,
lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan
secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu
perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
 


Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang
berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi
antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap
dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
 


Lelaki suka
membisu


Wanita
berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan
mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi
lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.



 Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa
seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
 

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya,
mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang
kacau.
 


Lelaki berahsia
dengan lelaki lain


Tidak
sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang
dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
 



Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan
kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita
kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak
akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.
Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya
menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.


 
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar
difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut
dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih
memahaminya.
 


Lelaki tidak
suka dikritik


Jangan
mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah
dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik
mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki
mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila
lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila
menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan
tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu
digabung dengan sedikit pujian.
 


Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada
wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan.
Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak
seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya
tetap bersama abang…"
 


Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa,
pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan
wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan
ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan
menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

 


Lelaki suka
menyelerak


Lelaki bersifat
suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.





p/s : orang lelaki pun kene r sensetif ngan orang pempuan...saling berkomunikasi...bukan berdiam diri...pempuan perlukan penjelasan..susahsgt ke bagi seorang lelaki tok menjelaskan sesuatu perkara,,?