Tidak semudah MENGHAFAL ABC...


ASSALAMMUALAIKUM..
DAN
SELAMAT PETANG..

Tajk pembelajaran kiter pada hari ini adalah tengtang ungkapan dan ayat pendek yg cik hana lady bina tok renungan bersama...( oppsss terbuat dailog cam tangah mengajar lak..sowiii..)
ok terus kepada tajuk 'TIDAK SEMUDAH MELAFAZ ABC' hah mesti korang tetanya-tanya ape kejadah lah wat tajuk nie...

cik hana ladyy sebenar nyer nk cerita pasal kawenn .... hahahha.... bile tengok duta bloger malaysia kita maria elina telah selamat bergelar isteri kepada her dato...maka cik hana ladyy pun tergerak nk menulis isu kawen nie..hahahah...

SHAIHANAFIMADIZA.... ini adalah gabungan nama geng cik hana ladyy mase sekolah dulu....tok  pengetahuan semua..antara kami berlapan tinggal lah cik hana ladyy dan dua org sahabat lagi yang belum berkahwen....yg lain semua dh berank pinak..kami nie tak tau hala lagi dimana n kemana...hahahaha...



(doakan kami bertemu jodohh..)

sebelum nie adalah rase kerisauan dihati...xtenang ati nie dok pk bile nak kwenn nie..bukan ape just risau bab semua mmber2 pakat kawen dh....hahahha..xcited nk kawen juga...tapi sejak 3 2 ari nie...cik hana laddy rasa,cik hana ladyy selesa dengan kehidupan cik hana ladyy sekarang...rasa tawar aty lak nak kawen...malas dah nk mengharap apa2...bosan dah nk tnye aty bile nk kwenn..lebih baik  tnye aty ari nie mkn makan ape...hihihi...sekurang-kurangnya nye kenyang gak perut cik hana ladyy...hihihi... kawen ke x bukan penghalang kite tok terus hidup dimuka bumi Allah SWT... 

tak perlu lah nak malu or rase rendah diri, bile orang dok kate bila nak kwen..? tak de calon ke? nak jadi anak dara tua ke? dulu kami baya kamu anak berderet dahh...pedulikanlah kata2 manusia yang ada hobi menjaga tepi kain orang nie...sebab manusia mmg ada sikap xpenah berhenti cari kekurangan orang...t kite dah kwen dia sibuk plak tanya bile nak ada anak..? dah ada anak  klu anak semua pempuan...dia tnye plakk ko xnak anak laki ke..? anak dah besar bile nak bermenantu? anak dh kwen tanya plak bila nak ada cucu..? see nie lah fenomena yang belaku sekarang nie dalam masyarakat kita...n benda nie lah semua yang kita kene wat anjakan paradigma...hihihihi

bagi cik hana ladyy...sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita...akan tiba masanya nanti..let the time tells... sebab Allah SWT dah berjanji bahawa tiap hambaku telah ku beri tiap satu dari mereka jodoh..andai tidak didunai pasti akan bertemu disyurga... ayat nie yang wat cik hana ladyy terpukul sendiri.. xguna kita memikirkan apa yang telah allah sediakan untuk kita....tapi adalah lebih baik kita memikirkan bagaimana dan adakah kita telah lengkapkan diri kita ini dengan ilmu sebagai bekalan untuk kita menerima hadiah dari Allah SWT (jodoh) andai ianya datang... sesungguhnya perkahwinan itu bukanlah semudah  menghafal ABC..


jauh dalam sudut aty cik hana laddy tetap menanti my Mr H2O.. hihihi...
apa itu H2O? klu nak tau kena lah tunggu cik hana ladyy awen dulu...
tungguuu...hihihi...




BAHAYA BERDENGKUR atau SLEEP APNEA ...


SLEEP APNEA...?
APA BENDA TU ?

ok hari ni cik hanna ladyy nak berkongsi kepada semua apa itu SLEEP APNEA...? BAHAYA KE? ....ok sebenarnya sleep apnea nie lebih di kenali dalam bahasa melayu kita atau bahasa kampungnya adalah berdengkur..hah...mesti semua penah terdengar atau mengalami sendiri kn pengalaman berdengkur... sebelum ni cik hanaa lady memandang enteng akan perkara berdengkur nie... malah siap marah n ketawe kan org yang berdengkur nie...tapi sekarang baru cik hana lady tau bahawa berdengur boleh membawa kepada maut andai tidak dirawat dan mencapai tahap kronik...

dari hasil pembacaan cik hana ladyy dapat disimpulkan bahawa SLEEP APNEA ini adalah berdengkur dimana  nafas berhenti ketika tidur. Pada waktu kemuncak tidur yang paling nyenyak inilah ada sistem tubuh kita dilumpuhkan.Iaitu nafas yang terhenti akan panjang dan  ini bermakna beban jantung jugak akan bertambah berat. Jika tidak kuat, kemungkinan besar orang yang berdengkur akan mengalami serangan jantung ketika tidur dan  ada antara kes menyebabkan kehilangan nyawa. hemm mesti semua terkejut kan... berdengkur boleh membawa maut ...itu ada lah FAKTA...

Oleh yang demikian kepada insan2 yang ada masalah tido dan berdengkur, cik hanna ladyy menasihatkan supaya kalian mendapatkan nasihat pakar untuk mengetauhi sekiranya kalian mempunyai masalah SLEEP APNEA. Masalah ini mempunyai beberapa tahap seriua mengikut hasil kajian tido yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

menerusi kajian ini,pakar akan dapat mengesan kekerapan apnea semasa tido kerana semakin kerap berlaku apnea , semakin serius tahap pesakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit itu. Untuk makluman semua rawatan untu masalah ini bergantung kepada punca yang dikenal pasti. pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. sekiranya berkaitan dengan sleep apnea, rawatan'continuous airway pressure' adalah antara yang berkesan.

disini cik hanna ladyy kongsikan video berkaitan sleep apnea untuk u all semua..tengok jangan xtengok..hahahah..
dan pesanan cik hanna ladyy kepada semua yang menghadapi masalah ni ..
RAWATLAH SEBELUM TERLAMBAT....






BLOG KU BERWAJAH BARU ....

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SELAMAT PETANG 
 buat rakan-rakan blogerr sekalian...

walaweyyyy dah lama rasanya cik hana ladyy tak update blog... sebenarnye bukan malas atau dah buang blog nie..tp ia disebabkan oleh cik hana lady baru habis sibuk bertungkuslumus untuk menghabiskan perjuangan bagi final sem cik hana ladyy di INSTITUT PERGURUAN kAMPUS PERLIS...

Sekarang saya adalah penganggur...ya penganggur terhormat...dok umah as a 'bibik terhormat' hihihihi...
bile dah bosan dengan aktiviti sebagai bibik terhormat , tibe2 teringat dekat blog yg telah ku tinggalkan sendirian...dengan semangat n perasaan yg teruja untuk menjadikan blog cik hana ladyy berwajah baru maka....tadaaaaaaaaaa.....


aktiviti edit mengedit maka jadi lah seperti yg diatas..hihihi...
tengok blog orang lain cntik2..comey2 ...dapat kat blog cik hana ladyy alamaaakkk hancussss..hihihi
Cik hana ladyy mohon tunjuk ajar dari tuan punyer blog yang cntik2 n comey seperti blog meraka dibawah,,,:




bile lah anginbulanbintang.blogspot.com nak jadi cantik cam blog mereka.... hihihihi





KEPERCAYAAN ITU


Suatu ketika itu,
kau kata tiada kepercayaan dalam diri aq untuk kau,
ketika itu,
aq cuba meletak kepercaayaan pada kau,
aq percaya kau,
walau ape yang aq terima,
walau sakit pada mula nya,
tapi...
aq pegang kata-kata kau,
aq jadi kuat bile mengingat tiap bait dalam pesanan kau,
aq jadi kuat kerana aq percayakan kau,
namun...
kini aq tersungkur jatuh di sebabkan kepercayaan itu,
kau suruh aq percayakan kau
tapi kau xjujur dengan kata-kata kau,
masakan kepercayaan ini dibalas dengan ketidakjujuran kau,
adakah aku hanya sebuah pondok usang,
yang kau singgah tumpang berteduh tatkala ujan membasahi bumi,
adakah itu aq pada kau,
mana lagi nak aq lari,
membawa sakit kehancuran hati...
mana nak lari..
bile kaki xkuat lari berlari..
haruskah aq masih disini berdiri menanti..
menanti sesuatu dari kau,
yang kau sendiri tak pasti..
yang aq sendiri kini kabur dengan bayang2 kau...
kadang kau sentiasa mengekori..
tapi kadang kau terus hilang membelakangi aku...
ape erti kepercayaan yang kau arah untuk aq tanam,
untuk aq jaga dan siram sehingga ia tumbuh mekar,
sedangkan kau sendiri yang tanpa sedar membuat kepercayaan itu layu,
antara hidup atau terus mati...
kau lah penentu




....KATA KAKI PERGI...KATA HATI DIAM DAN MENANTI....

cerita tentang keikhlasan dan si semut



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...lama dah rasanya cik hanna ladyy xmenulis dari ati tok dikongsi bersama...Ari nie cik hanna ladyy nak berkongsi cerita tentang keikhlasan...dari gambar dan kata -kata yang terpalit dalam gambar tu dapat cik hann ladyy katakan bahwa orang disekeling kita tak akan dapat menilai erti keikhlasan yang btul2 lahir dari aty...manusia memang xpandai nk menilai even cik hanna lady sendri masih belajar untuk menilai erti keihlasan tu sendiri...

kat sini cik hanna ladyy nak bercerita satu kisah benar perjalanan seorang insan yang cik haan ladyy arap rakan-rakan di blog dapat mendoakan agar insan ini beroleh kebahgian di dunia akhirat...

beliau dilahirkan dalam keluarga yang penuh dengan tanggung jawap...yg di didik dan diajar untuk mengalah beralah untuk orang yang disayang...ibubapa yang sanggup mengorbankan anaknya untuk melihat senyuman dan memastikan seorg insan bergelar ibu tersenyum...memisahkan kasih sayang dengan jarak...mengajar seoeorang ank untuk berkorban untuk insan bergelar nenek yang entah tinggal berapa lame hanyat nyer...

beliau dijaga dan didik dengan insan bergelar nenek...sesekali bertemu dan berkumpul dengan keluarga sendiri...bile berpeluang hidup bersama ibubapa n adik beradik yg lain hati berasa sangat gembira...tapi hati ego tok mempamerkan kasih sayang...hidup awal remajanya penuh dengan dugaan yang melanda...mula mengenal dengan insan yang mengajar beliau erti cinta..di kasih disayang dijaga dengan penuh sopan dan kasih sayang itu kekal selma 9 taun lama nya..sehinggalah diduga dengan satu peristiwa yang tidak boleh diterima akal....yang menyebabkan segala nya hancur musnah berkecai..tapi sayang segala kenangan manis dan pahit dalam perkenalan dengan insan tersebut ilang dalam tradegi 21 julai 2011...segala nya hilang namun beliau tau insan tersebut bahgia bersama keluarga tercinta...walau beliau tidak mengingati segala ape peristiwa yang berlaku namun beliau bangga di atas pengunduran dirinya dlm satu pehubungan cinta tu telah membuatkan sepasang kekasih idup bahgia jauh dalam hubungan cinta yang dilarang oleh allah swt...doanya adalah semoga mereka bahgia...benar ada orang berkata mencintai bukan bererti memiliki tapi adalah apabila melihat dia bahgia....

dipertengahan cinta 9 taun ini ada yang datang mengharap...sungguh suci insan tersebut...mengasihi tanpa berharap untuk memiliki...walau sekadar sahabat...dialah kembar ku...insan yang digelar sang bulan...sentiasa ada tiap kegelapan...namun bila hati beliau mula kosong, sang bulan berniat untuk mengisi hati beliau semula..tp demi menjaga hati insan bergelar sahabat yg turut menyanyagi sang bulan,beliau mengundurkan diri sekali lagi...mengalah demi sahabat...cukup lah sekadar sahabat bersama sang bulan..kini sang bulan bahgia bersama insan bersayang membina mahligai...

setelah hilang cinta 9 taun muncul insan yang sungguh baik budi perkertinya...indah kata2nya...manis senyumannya..insan yang mencintai beliau dengan penuh keikhlasan..menerima beliau seadanya..mengajar beliau tok berdikari,,,untuk terus menghargai mendalami setiap ilmu agama..walau beliau bertindak tidak ambil peduli dengan segala perhatian yang diberikan oleh insan tersebut walhal sebenarnya beliau mengikuti tiap ape yang diajar,,,tiap ape yang dikatakan...tersenyum dangan tiap kata2 dan tindakan insan tersebut...sehingga dua hati memutuskan untuk mengikat tarikh tok hidup bersama..namun tatkala beliau mula menanam rase cinta...mula melafaz kata sayang setelah hati hancur terluka...mule meletak harap membina sebuah keluarga..mula iklhaskan hati menerima cinta...insan tersebut pergi meninggalkannya buat selama-lamanya di tanah suci makkah...semasa mengerjakan umrah...sekali lagi hatinya hancur bak kaca yang jatuh  ke lantai berkecai...beliau meneruskan hidup dengan penuh ketabahan...walau diri sendiri kalah namun demi wasiat yang ditinggalkan kaki terus melangkah....mengenepikan perasaan dan gelora hati sendiri demi insan sekeling...senyum walau hakikatnya fikiran dan perasaan bak tsunami yang dtang menggoncang dunia....ya allah semoga kau letakkan arwah di tempat2 org yang beriman...aminnn....

kehidupan diteruskan walau payah walau sesak...dengan tekad dihati akan terus percaya dengan adanya cinta dan xakan penah ego dengan perasaan sendiri....tatkala beliau berjalan sendiri...ada insan ketiga yang datang menemani kehidupan dan harinya dengan senyuman..gelak tawa yang membahgiakan...namun aty tidak terus menerima kerana takut akan kecewa...takot akan ditinggalkan...takot akan jatuh sendirian...jalan terbaik adalah memohon petunjuk illahi...mengingat tiap kata arwah jika ada sebarang kesedihan kegaguan sujudlah memohon pertunjuk...demi untuk menerima perasaan sayang yg tiba-tiba hadir beliau memohon pertunjuk dari yang esa...dan kerana petunjuk dari yang esa dan restu kedua ibu bapa keluarga,sayang dan cinta dilafaz...

ohh indahh nya bile rasa disyang...hari dihiasi dengan tawa...berkongsi cerita...melihat kedua ibabapa beliau tersenyum gembira dengan gelagat dan kata2nya maka kasih tercipta...namun tanggungjawap sebagai ank sulung dalam keluarga menyebabkan kedua2 hati perlu berkorban...dalam melangkah seiring pasti akan melaui jaln yang berbukit...pasti akan menemui satu dugaan yang hebat...bile hati beliau dihujani dengan kata2 insan ketiga...namun beliau lalui dengan berhati2...masih cuba mengikat kepercayaan...namun tali yang semakin longgar ikatannya xkan mmpu menampung berat insan berpaut...goyang menanti masa untuk jatuh ke jurang atau diselamatkan dengan insan tersebut...

tapi bile insan yang diharapkan,insan yang dikasihi sepenuh hati tidak nmpak tangan yang tergapai tidak mendengar jeritan pertolongan..beliau hanya mmpu tok bertahan sendiri...keiklasan yang cuba diberikan dengan niat melihat insan tersebut bahgia, disalah ertikan..hati pedih perit...tangan yang tercucuk duri semakin sakit bernanah....andai beliau adalah perempuan yang mementingkan diri sendiri...memikirkan perasaan sendiri...menunjuk2 akan kasih sayang yang ada demi menyakitkan hati insan lain..demi memiliki kepuasan ati sendiri...dah pasti beliau xkan membiarkan insan yang disayangi  hidup dengan org lain....pasti beliau tidak mendoakan kebahgian orang yang telah membuatnya kecewa dan hidup terombang ambing hidup bahgia...xkn beliau mengalah demi seorang sahabat...mungkin masih terlalu awal untuk mereka saling memahami..dan semoga dengan apa yang terjadi ini mampu membuat mereka lebih  memahami...mohon semua yang baca nie mendokan yang terbaek tok hubungan mereka...semoga diberi kekuatan untuk meneruskan ari-ari mendatang....

kesimpulannya...kita buatlah ape yang kita rase terbaek tok kehidupan kita...DIAM diri tu kadang2 lebih baik tok amek mase berfikir dan berkata2 dengan hati sendiri...andai kita buat sesuatu tu dengan ikhlas biarlah hati sendiri yang tahu...bab keikhlasan tu wujudnya mmg diakui tapi tidak mudah tok kita sebagai manusia biasa nie melihat secara zahir....maaf andai semuanya dari berpunca dari insan yang penuh dengan kekhilafan....

Ya allah,
jika ini bukan masanya,
jika ini belum saatnya,
dan jika kau tahu kami belum bersedia,
selamatkan kami,
jarakkan kami,
pisahkan kami,
agar kami jauh dari khilaf yang merosakkan izzah dan iffah,
agar kami tidak mengundang murka mu,
agar kami dapat lebih menjaga hati,
agar hati menjadi yang diredhai illahi.

ya allah
 andai dia bukan untuk ku
andai dia bukan jodohku
maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buatnya
insan yang benar-benar mampu memahami dan membahagiakannya
dan bantulah aku untuk memperbaiki diri ku
agar aq kukuh dalam menanti cinta
ameennn..





Dear ALLAH SWT



DEAR ALLAH SWT…
 I Don’t ask you to make my life easier
BUT
I ask you to give me strength to face all my trouble..
Sometime I just cant tell anybody how I really feel
Not because I don’t know why…
Not because I don’t trust them
But because
I cant find the right words to make them understand ….
I act like I don’t care…
But deep inside it HURTS…
It is really hard for me to fly when something is weighing mo down…
Only you ALLAH swt …
Only you who really understand how I feel right now…




... ( ! _ ! ) ....