CINTAILAH DALAM DIAM.....

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...

kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...

Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...


(,")...SAYANG TANPA KATA...(",)

JAGALAH HATIMU


Carilah HATIMU sewaktu MEMBACA AL-QURAN.....Jika kamu

TIDAK TEMUI..

carilah hatimu ketika MENGERJAKAN SOLAT..Jika kamu

TIDAK TEMUI,...

carilah hatimu ketika DUDUK BERTAFAKUR MENGINGATI MATI...namun jika kamu

TIDAK TEMUI

juga,BERDOALAH kepada ALLAH S.W.T ...

PINTA HATI YANG BARU
....


(,")....renung-renungkan selamat beramal....(",)

CHERITA PRAKTIKUM

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....





Dah lama rasanya tak bercherita di blog..hihihi...minggu nie cik hana lady agak sibuk sebab baru menjalani praktikum di sekolah kebangsaan kampong salang kangar perlis...pagi-pagi dah kuar dari rumah..balik-balik umah jer mandi,solat wat keje sampai r ke pagi buta...kul 1 or 2 baru leh tdo n ada gak samapi lul 3...memang mase untuk tido adalah kurang dari 4 jam..huhuhu...tapi xperlah nie salah satu pengorbanan sebagai seorang guru dan cik hana lady semakin jatuh cinta dengan kerjaya cik hana lady...

firstday firstday kat sekolah dh berjaya membuat seorang pelajar bernama shahir dan affiq menghafaz surah untuk pertangdingan tilawah pada ari sabtu nie...sejak seminggu yang lepas diaorang tak boleh hafaz now ngan cik hana lady hanya 4 jam saja diperlukan untuk menghafaz...nie merupakan langkah pertama wat cik hana lady untuk cik hana lady bergelar seorang guru kelak...

ari kedua sangat lah penat sebab kelas full dri pagi...dan cik hana mendapat arahan untuk melatih pelajar bermain bola tampar dan hoki...OMG....tu lah perkataan pertama yang kuar dari mulut nie...dengan muke cam ayam berak kapor...hahahahha...bola tampar tu cik hana xkesah sebab cik hana sendiri penah jdi wakil sekolah..tapi hoki tu cik hana lady kurang ariff...walaupun cik hana lady ambil GERKO hoki...tu yang merungsingkan cik hana lady sampai ari nie...huhuhu

dan pada hari ini cik hana lady touching sendri selepas memarahii seorang pelajar bernama NURUL SYUHADA apabila beliau bersikap kurang ajar...huhuhu macam nie rupanya perasaan seorang guru apabila memarahi pelajar...walaupun pada akhirnya studnt tu mintak maaf ngan cik hana lady...sampai skrg cik hana lady still rase kecewa n agak sedih sedikt...

UNTUK HARI ESOK dan SETERUSNYA...cik hana lady berharap agar semua berjalan dengan lancar...sesungguhnya cik hana lady sangat gembira dengan kerjaya cik hana lady sekarang...



inilah afiq..sempat bergambar lagi semasa menghafaz surah...
si shahir sangat pemalu





kangen band yakinlah aku menjemputmu

Sampai Kangar sudah.....

Assalammualaikum...

Now cik hana lady dah ada kat perlis indera kayangan...Huhuhu...sedih ngat blik kali nie...kali ikotkan hati mmg xde mood tok semua benda..tapi cik hana lady xleh cam nie..cik hana lady kene kuat...xkiralah per yang jadi bile balik kangar cik hana kene jadi kuat...sok dah nk g sekolah takkan cik hana lady nak ngis depan student..huuhuh

seminggu cuti kali nie banyak benda jadi...semua bagi kesan dalam hati cik hana lady...yang wat cik hana lady ngis dri jb sampai segamat...pastu nk ngis gak tp segan r ada mmber cik hana lady...sedih sgt tinggal jb...bab bile cik hana balik jb pas nie..ape yang ada dulu dah xde g..

tak tau lah nape cik hana lady leh sedih cam nie..tapi sungguh cik hana lady rase 1 kehilangan...cik hana lady takot nak tunggu ari esok...cik hana lady tak nak dah rase sakit cam sebelum ni...cik hana lady nk cik hana lady yang dulu..







ya allah jangan lah kau uji aq lagi dengan perasaan cam nie...aq xmmpu nk hadapinye...kau beri kan aq kekuatan,ketabahan dan kesabaran tok harungi semua ini ya allah....aq merayu kepada mu ya allah...kau lindungilah aq dari pada rase kecewa dan terluka..andai ujian mu ini adalah salah satu penghapus dose2 ku aq terima ya allah namun aq merayu kepada mu ya allah..kau redhakan lah ati hambamu ini untuk semua dugaan yang mendatang ya allah..aminnn...

16 MAC.....

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....

Ari nie cik hana lady nak cter sesuatu kat sini...td kuar jalan-jalan bersama en zulhilmi n adik tersayang..Berjalan2 di jb bersama en zulhilmi wat kali terakhir b4 beliau dipindahkan ke Kuala Lumpur...jln punye jln g lah isi minyak..dapat resit minyak tu ngok ari nie tarikh 16 MAC.... tibe-tibe rase tersentap jantung nie ngok tarikh tu...huhuhu

per yang jadi sebenarnye pada tarikh nie..puas cik hana lady memikirkan nya samapi kat umah...So cik hana lady mengambil keputusan tok kuar semula jalan2 sendirian mencari jawapan....

Now cik hana lady lady ingat aper yang jadi...n sungguh sampai sekarang cik hana lady sangat terkilan n cik hana lady jadikan iktibar....lepas cik hana lady kecewa ngan cinta cik hana lady yang cik hana lady pertahankan selama 9 tahun...cik hana lady jumpe ngan seseorang yang cik hana lady kagum akan ketabahannya dalam mengharungi semua dugaan yang datang...sungguh cik hana lady sangat berterima kasih dengan beliau...

tapi sayang di sebabkan ego cik hana lady nie...cik hana lady xsempat nk kate kat dia yang cik hana lady sayang dia...tarikh 16 MAC nie tarikh dimana beliau tanye cik hana lady...cik hana lady sayang dia x...n jawapan cik hana lady adalah TIDAK...

sampai r pesanan terakhir dia sebelum dia berlepas ke mekah dia nk dengar cik hana lady ngaku yang cik hana lady sayang dia bila dia balik nanti...n time tu aty nie tekad bahawa dialah insan yang cik hana lady akan terima menjadi SUAMI cik hana lady....cik hana lady tunggu dia balik dari umrah..nk kate yang cik hana lady sayang dia..tapi xsempat sebab hanya beg n barang2 yang cik hana lady kirim jer sampai kat tangan cik hana lady waktu tu...Dia dh pergi wat selamanya tanpa sempat dengar dari mulut cik hana lady yang cik hana lady dah mule sayang dia...mase tu hanya tuhan jer yang tau per yang ati nie rase... (!_!)

Kalu lah pada tarikh 16 mac tu cik hana lady cakap jer yang cik hana lady sayang dia, mesti cik hana lady tak terkilan cam sekarang nie...n pengajaran yang cik hana lady dpat..n yang cik hana lady selalu pesan kat semua orang..andai kita menyanyangi seseorang tu luahkan jerlah...jangan sampai kite terkilan bab kite xsempat nk bgitahu yang kita sayang dia....

now semua dh berlalu dan cik hana lady pun dah terima semua yang jadi...sungguh ada hikmah disebalik semua nie...kepada arwah ibu janji ibu akan ingat segala pesan ayah...n ibu janji ibu akan tunaikan per yang ayah wasiatkan kat ibu..ibu dah xego cam dulu...ibu dah cakap kat org yang ibu sayang yang ibu sayang dia..sesungguhnya dia mmpu wat ibu ketawe n bahgia...tp xtau r dia sayang ibu ke x...? hahahah...janji ibu dah cakap sebelum dia pergi bertugas kat tempat lain....

menyanyangi seseorang tu kan xsemestinya kita perlu miliki dia kan ayah..cukup sekadar kita tahu dia bhgia...

semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh...aminnnn

kepada yang membaca jadikanlah per yang terjadi pada cik hana lady nie sebagai 1 pengajaran...k..maaf bab abeh kan mase u all bace semua nie...cik hana lady hanya nk kongsi per yang cik hana lady rase...n mmpu dijadikan pengajaran tok semua....

SEANDAINYA INSAN BERGELAR LELAKI ITU TAHU....

UNTUK POST KALI INI CIK HANA LADY TUJUKAN KHAS UNTUK INSAN BERGELAR LELAKI...SUPAYA MEREKA LEBIH PRIHATIN TERHADAP TINDAK TANDUK SEORANG WANITA ITU...SELAMAT MEMBACA ....

(,")...(^_^)...(",)

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

i FEEL like i lost something...

huhuhuhu...cedih nyer...
tibe-tibe rase cam cik hana lady lost something...
baru r rase penuh semangat nk balik JAY BEE sok...
tibe-tibe...
datang 1 berita yang wat cik hana lady mengalirkan air mate malam-malam nie...
huhuhuhuhu....
sungguh berita itu leh diibaratkan macam tsunami yang datang tibe-tibe..
cik hana lady sangat tak suke dengan perasaan seperti nie...
huhuuhhu....

mak kalu mak ada kat depan mate.. ha nie rase nk peluk jer mak ..
nk ngis puas-puas...
nape lah allh tu xadil ngan ha...
nape dia nk bawak semua orang yang wat ha appy,ha tawe
pergi dri ha...
ha nie xlayak ke nk rase bahgia...
(!_!)

cik hana lady sile lah jangan nagis yer...
tolonglah jangan ngis...
sile kuat..sile kuat..SILE KUATKAN DIRI ANDA....

aq sorang ker yang rase cam nie...?
ko xrase ke per yang aq rase....?
pape pun semoge ko sukses r kat sane...
JANGAN NAKAL-NAKAL..
KEJE RAJIN-RAJIN..
JGN MALAS MAKAN...
JANGAN KALUT-KALUT...
JAGA MR RED BAIK-BAIK...
JGN SAMPAI CALAR BALAR LAGI...
RAJIN-RAJIN G JOGING...
N THANKS FOR EVERY THING
biar r ko xbace pun per aq tulis...
janji aq dah cakap per aq nk cakap...
huhuhuhu....

dah r cik hana lady nk tdo...sok nk drive 12 jam...
camat malam semua...
sowi lah yer terpakse bace entry cik hana lady yang agak merapu tok mlm nie...
bab tak tau nk cakap kat sape...huhuhuh
nitee....


(!_!)...SEDIH...(!_!)

....PERBEZAAN SUKA DAN CINTA....

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...SELAMAT MALAM...SALAM KASIH SAYANG WINDU SEMUA R...HIHIHIHI...

Malam nie cik hana lady nk kongsi 1 berkenaan ngn perbezaan CINTA dan SUKE...ialah zaman sekang nie macam-macm berlaku..kes cinta dengan cikgulah,dengan suami orang lah,dengan orang yang lanjut usianya lah macam-macam .pas tu xsampai sebulan dah cerai,dah putus tunang...dengan alasan xde cinta dah...so penah ke kiter terpikir bila benda nie jadi kat diri kita....bila kita say luv kat seseorang tu ....Adakah perasaan tu sebenarnya CINTA atau hanya SUKA...

hemm kalu cik hana lady,once cik hana lady kate cik hana lady sayang orang tu bermakna cik hana lady sayang r...Xkire r orang tu sayang kita ke x..? coz dri pengalaman cik hana lady sendiri..cik hana lady penah simpan perasaan sayang sebab ego sangat xnk ngaku yang cik hana lady sayang dia...sampai lah cik hana lady xsempat nk ckp kat dia yang cik hana lady sayang dia sebab dia dah pergi buat selamanya...huhuhu...sedih lak bile ingat...semoga rohnya dicucuri rahmat..

so kepada semua sahabat,pembaca blog cik hana lady nie...kalu kita sayang orang tu cakap jerlah...berbalas atau tak tu belakang kira...sebab xsemestinya kita kena bersama ngan orang yang kita sayang cukup sekadar melihat dia bahgia..kalu ada jodoh tak kemana...kan2?

hihihi now sile lah renung-renungkan sendri ADAKAH anda sebenarnya CINTA atau

sekadar SUKA....hihih

ihi...

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan

berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita

suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim

sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita

suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang

kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat

ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan

tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi

malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan

tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk

berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita

akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita

cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang

yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn

turut jua menangis. Bila orang yang kita suka

menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka

bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti

menyukai seseorang yang kita suka umpama kita

membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata

cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang

hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.



(,") ... SUKE ke CINTA ... (",)

....MUTIARA KATA.....

ASSALAMMUALAIKUM N SALAM SAYANG TOK SEMUA

selamat berhujung minggu bersama orang tersayang..cik hana lady dok umah saja rie nie menikmati mase untuk merehatkan diri...
sambil merehatkan diri..moh lah kita memilih 1 nutiara kata tok dijadi kan sebagai pemangkin semangat tok ari esok...hihiiihii..
kat sini cik hana lady ingin berkongi beberapa MUTIARA KATA tok semua....
SELAMAT MEMBACA....

  • HIdup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

  • Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun

  • Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimanaMichelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

  • Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

  • Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya

  • Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

  • Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

  • Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

  • Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

  • Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

  • Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.



RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL...HIHIHI...

cherita ari enie...

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....
Ari nie cik hana lady ada beberapa cherita yang nk dikongsi bersama...

pertama adalah berkenaan ngn Hamster Cik hana lady yg bru mlm semalam cik hana lady dapat...punye lah aktif mlm td tup2 pagi td dua2 pengsan n mati..huhuhu...agak sedih gak r...tp nsib baik cik tayang ku bulat yg dua ekor lagi cehat cam biase...hihihihi...tok makluman semua hamster2 nie lah yang wat cik hana lady tersenyum melihat telatah mereka ( betul ke ayat cik hana lady nie...xper lah kn asal u all paham..hihihi)...klu sehari xpegang n manja-manja ngan kedua2nya...mulelah tunjuk perasaan dengan membuat sepah dan mengeluarkan bunyi2 yang kurang senang di dengar...hahahahah...macam2 lah...

k stop citer pasal hamster kite cter pasal cik hana lady lak...pagi td cik hana lady ada program penulisan ilmiah...huhuhu siyes ngntok ngat bab malam tadi cik hana lady tido kul 4...xtau r letly nie mmg cik hana lady ada masalah tok tido...huhuhu...n tdi cik hana lady telah ditegur oleh seseorang sahabat kat FB..kata2 nye berbunyi seperti ini...KAK LONG...klu sedih n nk ngis, ngis jer lah...jgn sembunyikan tangisan tu di sebalik gelak tawe kak long...huuuhuhu tergamam sebentar....

cik hana lady pun xtau lah nk kate cam ner...senyum jer lh...huhuh...sebenarnyer cik hana lady ngah konpius ngan diri sendiri....xdapat nk luahkan per sebnarnyer yg ada kat aty...xtau nk mule dri mane..bile kite kene wat sesutau keputasan tgok mase depan tok diri sendiri,antara kehendak aty ngn kehendak perasaan....xtau nk ikot mane...xtau nk pilih yang mane... n semua nie wat cik hana lady rase serba salah ngn dri sendiri...klu pilih atas dasar kasian cik hana lady yg jd mangsa tp klu pilih kehendak ati yg belum pasti, pasti cik hana lady akan wat org lain terluka...tp bile pk balik nie kan mase depan cik hana lady so nape mesti pk org lain....huhuhuhu

namun cik hana lady xleh wat cam tu bab cik hana lady bukan jenis yang pentingkan diri sendiri...cik hana lady xnk org sekeliling cik hana lady yang cik hana lady sayang terluke...tp perlu ke cik hana lady terluka tok wat org gambira....?
huhuhuhu....

nape lah masalh sebegini yang selalu cik hana lady kene lalui...ke cik hana lady di lahirkan hanya tok wat org lain gembira tp cik hana lady sendiri memendam rase..

ya allah berikanlah petunjuk mu kepada hambamu yang kerdil ini...dan berikanlah hambamu ini kekuatan tok menghadapi segala yang berlaku...aminnn...





...cik hana lady akan bertahan tok tidak menangis...
(,")...tenyum..tenyum...(",)


BERKONGSI CERITA

ASSALAMMUALAIKUM N SELAMAT MALAM BUAT SEMUA....

sebenarnya kali ini cik hana lady nk berkongsi cerita yang cik hana lady terbaca...
huhuhuhu...
sebenarnya dalam minggu nie cik hana lady nie sangat lah berase sepi dan sunyi...
rase sebak jer dalam dada nie...so tok menghilangkan rase sunyi,sedih ,sepi yang melanda diri nie...cik hana lady mencarilah perbagai bahan,cerita,n semualah yang ada kat laman sesawang nie...hahahaha...
dan yang wat cik hana lady tenang n terisi apabila membaca cerita2 yang memberi pengajaran pada diri kita...sungguh apabila cik hana lady membaca tentang pengalaman idup sesorang n bandingkan dengan pengalaman idup sendriri cik hana lady menemui suatu kekuatan tok cik hana lady terus melangkah demi menghadapi semua yang mendatang...
nak harapkan org mendegar semua maslah kita t org bosan n cik hana lady pun xkn biasa kan diri cik hana lady dengan berbuat sebegitu...
bab dri pengalaman cik hana lady suatu ari dalam kehidupan kita..kita mesti akan kena wat keputusan sendiri tanpa ada bantuan dari sesiapa...
hihihihi...
so oleh sebab yang demikian cik hana lady dh pilih 1 citer nie tok dikongsikan bersama...
jadikanlah ia pengajaran...
kepada yang sedang seronok bercinta janganlah sesekali membelakangkan keluarga hanya kerana cinta...

Epilog Noda Semalam, Kemanisan Taubat

ku berteleku mengingatkan dosa-dosa semalam.. Rentetan terlalu obses dalam mengejar syurga dunia, aku terhanyut dek arus kealpaan yang telah menukarkan peribadiku.

Nilai sopan santun, budaya muslimah serta didikan agama yang dicurahkan oleh kedua ibu bapaku sudah tiada dalam kamus hidupku.

aku tidak pandai menjaga pergaulanku dengan kaum Adam. 2 tahun lepas aku seorang penuntut universiti awam terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana berasal dari kampung, aku bagaikan terkena kejutan budaya apabila melihat segala yang aku inginkan mudah diperoleh.

Kisah hidupku berubah sejak aku mengenali Rizal. Dia mendekatiku dengan peribadi yang kononnya alim, sekadar ingin buat aku tertarik padanya.

Betapa lemahnya aku pada waktu itu kerana terjerat oleh cinta lelaki yang hanya mahukan diriku dan saling bertanding dengan kawannya untuk mendapatkanku.

Walhal aku seorang yang sangat berhati-hati dalam memilih pasanganku.

Perkenalanku dengannya bermula apabila dia menulis nota ringkas untuk mengenaliku dengan lebih dekat. Dia juga sanggup menunggu sehingga aku habis belajar.

Pada mulanya aku tidak layan namun hati yang degil tidak dapat menidakkan kehadirannya yang sedikit sebanyak memberi getar di hati ini.

Tanpa aku sedari juga, dia turut mendapat nombor telefonku daripada sahabatku yang memudahkan laluannya. Aku yang tidak pernah mengenal cinta kaum Adam tertarik padanya buat pertama kali dalam hidupku.

Dahulu aku sangat tidak suka orang yang bercouple, namun bila terkena batang hidung sendiri, barulah aku tahu betapa hebatnya dugaan dan hasutan syaitan yang inginkan kami terus-terusan berbuat maksiat.

Masa berlalu dengan pantas, perkenalan yang pada mulanya berasaskan isu Islam, semakin hari semakin melencong kearah maksiat.

Di samping menceritakan agama, tanpa aku sedar, dia turut menggunakan agama sebagai wadah untuk menjeratku.

Betapa kerdilnya aku waktu itu kerana tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil.

Bermula keluar bersama rakan, kami akhirnya berani keluar berdua-duan. Subhanallah, betapa hinanya aku di sisi Allah pada waktu itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Rizal dengan beraninya menyatakan perasaannya padaku,

"Lia, abang sangat sayangkan Lia, abang tak sanggup kehilangan Lia, boleh tak kita bertunang dulu, nanti semua orang tahu yang Lia milik abang seorang, bolehkan Lia?"

Aku terkejut mendengar bicara dari Rizal, mana janjinya yang sanggup tunggu aku sehingga aku habis belajar.

Aku tahu mak ayahku takkan setuju.

Abang dan kakakku turut akan membantah. Aku cuba memujuk Rizal agar tidak meneruskan niatnya.

"Abang, bukan Lia tak nak, tapi abang tahukan keluarga Lia, mereka nak Lia menggenggam ijazah terlebih dahulu sebelum Lia berkahwin. Sementelah, mereka tak pernah tahu tentang kewujudan abang dalam hidup Lia,"

Aku berasa sangat berdosa kerana merahsiakan segalanya daripada pengetahuan ibu bapaku.

Setiap kali balik cuti semester, aku dianggap gadis yang sangat menjaga pergaulanku dengan kaum Adam sedangkan tanpa pengetahuan mereka aku selalu keluar dengan Rizal.

Mak, ayah, ampunkan anakmu ini.

Masa terus berlalu. Makin hari aku semakin hanyut dengan kebahagiaan dunia. Tanpa aku sedari, Rizal mengambil kesempatan ke atas diriku.

Sedikit demi sedikit aku mula rasa gembira kerana terasa disayangi, walhal tiada cinta yang sejati pun dalam hati Rizal buat diri ini.

Aku mula mengabaikan pelajaranku, mula menjauhkan diri dari rakan-rakan yang menasihatiku dan mula membuat perkara yang bertentangan agama.

Tanganku dibiarkan berada dalam genggaman lelaki yang tidak halal buatku.

Pada mula-mula aku mengelak namun dek kerana hanyut dan alpa dengan cinta palsu, aku mula tidak mahu berpisah dengannya.

Kami sama-sama menyulam cinta haram yang terasa indah di dunia.

Aku nekad untuk terus berada di samping Rizal dan ingin menyatakan niatku untuk bertunang dengan Rizal pada cuti semester kali ini.

"Mak, Lia nak cakap dengan mak sikit boleh tak?"

"Ada apa Lia, mak tengok kau dah banyak berubah sejak balik ni, kau selalu bergayut dengan telefon, sampai jarang dah nak tolong mak kat dapur ni,"

Aku tersentap dengan teguran mak.

Aku selalu nak tolong mak kat dapur tapi sayang nak lepas mesej dengan Rizal.

Kalau aku lambat balas, dia mesti merajuk, betapa bodohnya aku pada waktu itu kerana mendahulukan Rizal berbanding kedua ibu bapaku.

"Mak, Lia dah ada pilihan hati Lia, dia nak masuk meminang Lia, waktu cuti ni,"

Dalam takut aku gagahkan diri menyatakan niat di hati tanpa menelaah hati ibuku yang mungkin terguris dengan tindakanku. Ibuku sangat terkejut..

"Praaaaaaaaaaaag!"

Berkecai pinggan kaca yang makku pegang. Muka makku berubah dan sangat terkejut dengan permintaanku.

"Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni, kau baru sangat kat Kuala Lumpur tu, mak hantar kamu suruh belajar, bukannya cari lelaki kat sana. Kenapa tak sabar sangat ni, Lia yang mak kenal dulu tak suka bergaul dengan lelaki,"

"Mak, Lia sayangkan dia mak, Lia tak sanggup kehilangan dia,tolonglah mak, tolong beritahu ayah,"

"Ya Allah, Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni nak, kalau kau bertunang sekarang, macam mana dengan pelajaran kau? Kak Ngah dan Abang Cik pun tak kahwin lagi walaupun dah kerja. Kamu yang masih belajar ni, dah tak sabar-sabar nak berlaki. Kau cubalah cakap sendiri dengan ayah, mak tak sanggup."

Batu besar bagaikan menghempap di bahuku. Pastinya ayahku tidak setuju sedangkan ibuku sendiri membantah. Aku mula memikirkan cara untuk memujuk ibuku. Malam itu juga aku berbincang dengan Rizal.

Tut..tut.. cepat saja Rizal membalas mesejku.

Rizal cuba bermain kata denganku. Dia sedaya upaya memujukku agar menjadi anak yang derhaka pada ibu bapa.

Itukah yang diajar Islam dalam memilih calon suami?

Namun aku lemah tersungkur pada perasaan sendiri yang tidak mampu memperjuangkan yang hak berbanding batil.

Keesokannya, aku cuba utarakan lagi niatku pada ibu.

Namun, di luar pengetahuanku, ayah terdengar perbualan kami, ayah sangat terkejut dengan permintaanku. Wajahnya bertukar merah.

"Apa yang Lia cakap ni, ni ke yang Lia dapat lepas ayah dengan mak hantar Lia dekat Kuala Lumpur tu? Lia tak pernah rapat dengan mana-mana laki, sejak jauh dengan mak ayah, Lia dah jadi macam ni, kenapa Lia?"

Aku gugup untuk meluahkan kata-kata. Namun kugagahkan diri untuk meluahkan demi kasih dan cintaku yang tidak bertepi buat Rizal.

"Ayah, Rizal budak baik ayah, dia dah lama kenal Lia, kami sama-sama sayang dan Lia tak boleh kehilangan dia,"

"Lia! Kenapa kau dah banyak berubah ni. Lia tak pernah membantah cakap ayah sebelum ni. Sejak kenal dengan lelaki tu, dah mula pandai bela dia ye,"

Mak cuba menenangkan ayah yang sudah mula naik angin denganku.

"Ayah, Lia sayangkan dia sangat-sangat, tolonglah setuju ayah. Lia nak restu daripada mak ayah je."

Paaaaaang! Satu tamparan mengenai pipiku. Pertama kali dalam hidupku dapat tamparan dari ayahku. Aku benar-benar telah menguji kesabarannya.

Aku terus berlalu meninggalkan ayah dan ibuku. Aku menangis tersedu-sedu sambil mengadu pada Rizal di dalam bilik.

"Lia, jangan menangis sayang, kalau sayangkan abang jangan menangis ye, abang taknak dengar Lia menangis lagi,"

"Habis Lia nak buat macam mana bang, mak ayah tak setuju dengan pertunangan kita,"

"Lia sayangkan abangkan, dengar cakap abang baik-baik k,"

"Apa dia bang,"

"Lia tak nak kehilangan abang kan, Lia kemas barang Lia malam ni, abang datang ambik Lia malam ni, Lia keluar dari rumah tu, Lia taknak kehilangan abang kan,"

Aku terkejut dengan permintaan Rizal. Subhanallah, aku berdepan dengan pilihan samada untuk memilih ibu bapa atau Rizal.

Gerak hatiku ingin memilih mak ayah, namun hasutan syaitan lebih dahsyat, aku hanya mengiakan sahaja kerana terlalu ikutkan darah muda.

Tanpa memikirkan hati mak ayah yang mungkin terguris dengan tindakanku, aku nekad mengemas barang untuk keluar rumah malam tu juga.

Dalam keadaan terhenjut-henjut aku cuba keluar dari bilik yang sejak tadi aku kunci.

Namun, dengan kuasa Allah, aku terserempak dengan mak di muka pintu dapur sewaktu mak baru sahaja ambil wudhu' untuk sembahyang.

"Lia, Lia nak pergi mana ni dengan beg ni, tengah-tengah malam ni, Lia nak tinggalkan mak ayah ke? Lia sedar tak apa yang Lia buat sekarang ni?"

Aku tersentap mendengar bicara emak. Pada waktu itu aku sangat buta dalam menilai kasih sayang mak dan ayah yang telah banyak berkorban buat aku selama ini.

Mak menangis mengenangkan tindakan aku, mak merayu agar aku tidak meninggalkan rumah pada malam tu.

"Lia, tolonglah jangan tinggalkan mak Lia, mak sayang sangat kat Lia, jangan buat mak dengan ayah macam ni nak,"

Mak menangis tersedu sedan. Ayah yang sedang tidur terjaga mendengar tangisan emak, aku lantas bergegas keluar dari rumah agar tidak terserempak dengan ayah.

Cinta yang terlalu agung buat Rizal telah membutakan hatiku dalam menilai kaca dan permata.

Sedang aku berlari keluar dari rumah dengan dikejar oleh mak ayah, tanpa aku sedar, ada kereta yang laju dari arah bertentangan, kereta itu tidak sempat brek lalu mengenai batang tubuhku..

Dumm....!

Aku terdengar dentuman kuat lantas aku tidak dapat ingat apa-apa lagi yang berlaku disekelilingku. Segala-galanya menjadi hitam dan kelam.

..................................................................................................................

Eh, aku kat mana ni, masjid? Ramainya orang dekat masjid ni? Subhanallah, cantiknya masjid ni, diperbuat daripada Kristal dan disadur dengan mutiara.

Sangat indah. Inilah pertama kali dalam hidupku, aku melihat masjid yang sangat indah struktur binaannya.

Semua jemaah memakai telekung putih manakala jemaah lelaki memakai jubah warna hijau. Ramainya orang..

Aku mula masuk ke dalam masjid, tulisan khat yang sangat indah memenuhi ruang dalam masjid.

Ruang yang sangat luas, besar dan maha indah. Aku terpukau dengan keindahan masjid tersebut.

Aku mula ke satu ruang yang dipenuhi orang, tiba-tiba seorang wanita tua yang bersih wajahnya memberikan aku senaskhah Al-Quran serta senaskhah hadis, aku mula mengambilnya.

Subhanallah, Quran itu sangat cantik. Aku tidak pernah melihatnya dijual di mana-mana kedai, betapa aku sangat beruntung pada hari ini kerana melihat peristiwa yang aneh lagi indah.

Aku takkan lupakan saat itu. Aku mengangkat kepala untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tua tersebut, namun dia sudah berlalu meninggalkanku.

Aku cuba mencari kelibatnya namun tidak jumpa.

Lantas aku pergi ke suatu sudut masjid tersebut lalu aku membaca Al-Quran. Tiba-tiba ada seseorang yang mendekatiku lantas mengajarku membaca Al-Quran.

Subhanallah, suaranya sangat merdu, sayu dan dia menangis sambil membaca Al-Quran.

Betapa dia sangat memahami bacaannya. Aku sangat kagum dan berusaha untuk mencontohi sikapnya itu.

Wanita itu sangat aneh kerana selepas sahaja mengajarku tadabbur Al-Quran dia berlalu sebelum sempatku memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Selepas sahaja selesai membaca Al-Quran, aku ingin pulang. Di tangan kananku ada Al-Quran manakala di tangan kiriku ada hadis.

Aku satukan di tangan kanan lalu aku keluar dari masjid tersebut.

Sepanjang berjalan, tiba-tiba aku melihat ada suatu bangunan yang sangat tinggi dan indah di hadapanku.

Namun semua orang berpakaian hitam. Semua lelaki dan perempuan berpakaian hitam.

Aku cuba masuk bangunan tersebut untuk melihat apa yang ada dalam bangunan tersebut.

Setelah berasak-asak, akhirnya aku dapat masuk ke dalam bangunan tersebut. Bangunan itu sangat gelap dan kelam. Aku bagaikan buta kerana cahaya yang ada sangat sedikit.

Aku cuba pegang kuat-kuat Al-Quran dan hadis di tanganku. Di tepi pintu utama kelihatan pemuda yang wajahnya sangat hodoh lagi menakutkan.

Aku mula takut kenapa aku berada disitu. Aku melihat sekeliling bangunan tersebut dipenuhi tanda salib.

Barulah aku sedar yang aku berada dalam gereja apabila aku lihat seorang paderi muncul di bahagian pintu masuk bangunan tersebut.

Aku mula menangis. Aku sangat takut. Aku mula berasa bahang berada dalam bangunan tersebut.

Aku cuba berjalan perlahan-lahan meninggalkan dewan tersebut. Dalam kesamaran cahaya, aku terlepas Al-Quran dan hadis dari tanganku. Aku cuba bertahan.

Peluh mula menitik dari tubuhku sewaktu aku cuba mengambil Al-Quran dan hadis di belakang pemuda yang hodoh di tepi pintu tersebut.

Aku berjalan terbongkok-bongkok dengan memegang kuat Al-Quran dan hadis tersebut.

Aku sangat bernasib baik kerana wanita tua yang berwajah bersih tadi datang membantuku keluar dari bangunan yang sangat gelap tersebut.

Tanpa kata, dia menarik tanganku keluar. Aku menangis teresak-esak dan badanku sangat menggigil mengenangkan saat cemas di dalam gereja tersebut.

Sekali lagi, wanita itu berlalu tanpa aku sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.

Aku mula berjalan meninggalkan gereja tersebut. Aku berjanji takkan menjejakkan kaki lagi ke sana. Aku mula berpatah balik ke masjid yang sangat indah tadi.

Aku mula mengambil wudhu’ dan membaca Al-Quran dan hadis tadi. Aku sangat bersyukur kerana tuhan selamatkan aku sewaktu aku dalam kesulitan tadi.

Betapa aku menangis mengenangkan besarnya kekuasaanNya yang telah menyelamatkan aku dari terpesongnya akidahku dari agama kristian.

Sambil aku membaca Al-Quran, linangan air mataku tak henti-henti mengalir. Terima kasih Ya Allah kerana telah menyelamatkanku.

..................................................................................................................

Sedikit demi sedikit mataku dapat melihat cahaya yang menyilau di sekelilingku, di mana aku berada? Kenapa aku ada kat sini? Kenapa ibuku sedang menangis?

Kenapa adik beradikku semua ada kat sini? Benak kepalaku tidak dapat berfikir dengan baik.. Lantas, aku cuba mengangkat tangan tapi lenganku terasa sangat sakit..

"Emak, Kak Lia dah sedar, dia dah bergerak,"

"Lia, Lia dah bangun nak, mak sangat risaukan Lia,"

Ibuku menangis teresak-esak di bahu ayahku. Semua mata memandangku dengan pandangan yang suram.

Dengan suara yang tersekat-sekat aku cuba bertanya apa yang dah berlaku.

Ibuku menceritakan satu persatu apa yang dah berlaku. Bagaimana aku boleh kemalangan.

Rupanya orang yang melanggarku adalah Rizal, sekarang dia sedang ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.

Aku mengucap panjang mendengar berita daripada ibuku.

Rupanya Rizal mendekatiku hanyalah sekadar untuk mempergunakan diriku.

Dia bertaruh dengan rakannya untuk mendapatkan aku. Dia hanyalah ingin mempermainkan diriku sahaja.

Setitik demi setitik, mutiara jernih mula mengalir laju dari pipiku. Aku masih beruntung kerana hanya patah kaki dan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Aku memandang sayu ibu dan bapaku mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan pada mereka.

Betapa aku terlalu mengagungkan cinta yang tidak halal buatku dan mengenepikan cinta ibu bapa yang kudus lagi suci.

"Sabarlah Lia, jangan menangis lagi,mak dah ampunkan dosa Lia, anggaplah ini sebagai dugaan buat kita Lia,sabarlah nak,"

Ibuku berusaha untuk memujuk, bibirku masih lesu untuk berkata-kata, masih lemah, ibuku faham apa yang ingin aku sampaikan buat dia dan ayahku.

Aku menangis dalam pelukan ibu dan ayahku..

"Maafkan segala kesalahan Lia mak ayah, ampunkan Lia,"

..................................................................................................................

Sebulan selepas kemalangan tersebut, aku sudah mula berjalan dengan perlahan. Aku sudah dapat menunaikan solatku dengan sempurna tanpa perlu duduk lagi.

Aku sangat bersyukur pada Ilahi kerana masih memberi aku kesempatan untuk bertaubat daripada segala dosa dan noda yang pernah aku lakukan.

Tiap tiap malam, jika aku ada kelapangan, aku akan menunaikan solat sunat qiamullail, termasuklah solat sunat tahajud, solat hajat serta solat sunat taubat.

Hatiku tidak dapat menahan sebak di saat mengadu kepada Yang Maha, betapa kerdilnya diri ini di sisi-Nya.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabatku, dosa muslimin dan muslimat.

Kau panjangkanlah usia kami, Kau rahmatilah kami Ya Allah, Lindungilah kami daripada gangguan jin dan syaitan Ya Allah, masukkanlah kami dalam syurgamu Ya Allah.

Kau berilah petunjuk dan hidayat kepada kami Ya Allah, serta janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.

Ya Allah, diri ini hanyalah hamba yang lemah lagi hina, Kau suburkan cinta kami buatMu serta rasulMu. Bimbinglah hati kami ke jalanMu Ya Allah.

Berilah kemanisan iman kepada kami Ya Allah. Hanya padaMu kumohon pertolongan Ya Allah. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kepada kami Ya Allah.

Lapangkanlah hati kami, sucikanlah hati kami serta bersihkanlah jiwa kami Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalali wal ‘ikram.

Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah.

Sejak kejadian itu, aku sudah banyak berubah dengan bantuan daripada keluargaku, terutamanya kedua ibu bapaku, sahabatku serta guru-guruku.

Aku sudah memaafkan kesalahan Rizal sementelah dia tidak pernah memohon maaf daripadaku. Lebih elok aku berlapang dada berbanding aku menyimpan dendam.

Aku sudah mula merasai kemanisan daripada taubatku.

Betapa jalan hidup yang aku pilih selama ini adalah jalan yang terpesong daripada akidah yang dituntut dalam Islam.

Aku sangat bersyukur kerana Allah masih memberi aku hidayah untuk kembali ke jalanNya.

Terima kasih Ya Allah ke atas keagunagan cinta yang Kau curahkan pada hati ini.

Terima kasih juga kerana telah memberi mimpi yang menginsafkan diriku.

Tidak sesekali aku lupakan mimpi yang memberi peringatan agar aku kembali ke jalanMu. Terima kasih Ya Allah.

PESANAN WAT DIRI SENDIRI

SETELAH BERUMAU 23 TAHUN NIE...SAYA NUR HANA M.RAZALI TELAH BERJANJI KEPADA DIRI SENDIRI BAHAWA SAYA :-

  • akan BELAJAR bersungguh...
  • akan membalas jasa kedua ibu bapa saya
  • akan menjadi seornang pendidik yang berdedikasi dan cemerlang
  • akan berjasa dalam perniagaan USANA saya...
  • akan berubah kepada yang lebih baik
  • akan berusaha tok menjadi insan yang berguna
  • akan lebih matang dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan
  • akan pastikan xde yang mengis bile saya xde lagi..
  • akan terus tabah hadapi semua yg berlaku
  • akan berjuang tok memiliki caldina
  • akan terus menanti seseorang yang bakal mememiliki aty ini..
  • akan pergi ke tanah suci...
  • tidak akan bohong pada aty n perasaan sendiri
  • tidak akan toleh kebelakang
  • tidak akan letakkan kepercayaan yg sepenuhnya kepada lelaki
  • tidak akan mudah menyerah kalah ngan maslah yang datang
  • tidak akan menagis kerana insan bergelar lelaki...


per lagi ek terlupe lak...t r klu ada t ana tambah...

KAK LONG SAYANG KAMU....

Akhirnya cik hana lady nie terkena gak ngn permainan
yana,elya.asma',atin,nabila,ain, n diba...
terima kasih semua...
sebab jadikan kak long pelakon yg memegang watak mak cik tua
u all nie xsesuai tau..bab i mude lagi...
HAHHAHAHAH...
siyes sgt terharu...
tambah2 lagi ngan kek yang berbentuk 23 ....
akhirnya tercapai gak impian nk kek bntuk 23...
huhuhuhu
jauh dalam sudut aty nie...
terharu sgt n rase awak org lah teman 1001...
bab korang lah teman suka,gaduh,ngis,kecewa,gembira...
semua ngn korang..
touching gak sebenarnya...tapi tahan jer air mate nie...
hahahhaha....
pape pun thanks sgt bab appy kan kak long...
kalu cam nie xde pak we pun xper...
huhuhu
tp doakan lah kak long akan jumpe someone yang ikhlas syg kak long...
n kak long jd insan yg berguna kepada semua...
sampai akhir hayat kak long....
aminnnnn
luv u all....
muuuuuaaaahhhhhh


......LOVE U...MUAHHHHH.....

TERKENA

HAHAHHAHAHAH.....
akhir nya ari nie cik hana lady terkena ngan dak kelas..
terima kasih semua...
kak long sangat suka g kelas sowang2..
pakai baju tomey2...
mmg rase cam birthday gurlz sangat..
it's ok lh dri kene ngn tepong n telor...
ahhahahahha
sekali lagi terima kasih yer semua...


.......(^_^)........

HAPPY BIRTHDAY HA

(,")......HAPPY BIRTHDAY HA......(",)




beberapa jam g genap umur aq
23 tahun

dah semakin tua dah aq nie
dulu 22...sekarang nie dah 23..
hahahhaha..
semoga dengan bertambahnya umur aq nie
aq akn menjadi seorang insan yang lebih matang
dalam menghadapi semua dugaan dalam kehidupan selepas ini....
hihihihihihihi....
aq harap lepas nie aq akan menjadi seorang pendidik kepada
anak bangsa...
bertemu jodoh ngan orang yg betul2 ikhlas sayang diri nie...
bimbing diri nie ke jalan yg diredhai...
kat sini aq nk wish terima kasih yang xterhingga pada
semua ahli KANGAR GARDEN GURLZ....
coz sambut birthday aq,,,bg adiah huhuhu...sungguh terharu...
sangat xduga bab korang sambut birthday 1 ari sebulm...
n birthday kali nie di sambut bersama 2 org ahli umah yang lain...
iaitu ila n kak lin...
happy birthday......




kek birthday taun nie





adiah yang sangat bermakna....huhuhu..i like...thanks..


(,")......thanks semua.....(",)