PENANTIAN

Orang kata, "penantian tu satu penyeksaan". Betul ke?

Kalau terseksa dalam menunggu, mesti tak ramai yang suka nak menunggu-nunggu ni.

Bukti 1

Ada orang ajak keluar cari barang. Janji nak keluar pukul 2 petang. Bukan main lagi pukul 1.45 petang ni dah bersiap, tinggal nak melangkah sempadan pintu gate rumah je. Tengok-tengok yang tukang ajak keluar tu la yang lambat setengah jam. Tak pasal-pasal kena menunggu orang lain pulak. Kalau tengah free takpe lagi nak menunggu, tapi kalau banyak lagi kerja nak kena beres, teruji jugakesabaran cik hana lady bila kena menunggu tu.

Bukti 2

Masa sekolah dulu-dulu, habis je exam, mesti masing-masing terus buat satu kumpulan, riuh rendah duk pakat bincang ramai-ramai soalan exam yang baru jawab tadi. Dan sememangnya, setiap kali cikgu-cikgu melangkah ke kelas, semua mata akan fokus tepat pada tangan cikgu, sama ada kertas jawapan exam ada ataupun tidak. Kononnya, selagi tak dapat tahu markah exam, selagi tu hidup tak tenang, tidur malam pun tak lena.

Bukti 3

Bakar biskut dalam oven waktu Ramadhan sememangnya sangat memerlukan kesabaran yang besar. Nak-nak lagi aroma biskut yang sangat mengancam. Tambah-tambah adik kecil yang belum mula berpuasa, makan biskut yang tengah panas-panas lagi depan mata. Kruk krak kruk krak tanpa peduli orang lain. Waktu macam tu, dalam hati berkobar-kobar tunggu waktu berbuka. 3 jam lagi.. 1 jam lagi.. 15 minit lagi.. Cepat-cepat, ni muzik promo sebelum diumumkan azan maghrib dalam PERLIS FM. Hehe.. Nostalgia betul.. :)

Tapi, betul ke semua penantian tu satu penyeksaan?

Satu perkara ni, saban hari Cik Hana Lady tunggu tanpa jemu. Dari hari ke hari tak letih-letih menanti. Tapi tak pernah terseksa pula sepanjang penantian, cuma persoalan je yang banyak bermain di fikiran.

Kalau di kira-kira, agak lama la jugak menanti yang satu ni muncul. Pelik. Sepatutnya, waktu macam ni, dah lama dah nampak, kenapa tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.

Ya, saban hari cik hana lady menanti bunga-bunga kuning dan putih muncul di sebalik lalang-lalang hijau yang melatari alam sepanjang ke jami'ah. Setiap hari tunggu.

Dua tiga minggu ni, bunga-bunga kuning dah mula membuka kelopak. Tapi tak banyak, sekadar di tepian jalanan sahaja. Hati teringin nak saksikan keindahan itu sekali lagi, keindahan seperti yang Dia pinjamkan untuk hambanya.

Mulut pun dah entah berapa kali bertanya kawan sebelah, "bilelah nak masanya..?" Entahlah, mungkin musimnya belum tiba, tapi sungguh hati ni rindu.

Namun Hati masih gembira bila meneroka alam. Walau sang alam tiada akal, tapi alam mampu berkongsi kedamaian yang ada dengan hati.Sesungguhnya ANGIN..BULAN ..BINTANG...tetap ada menemani walau tidak kelihatan....


No comments: