Muhasabah Diri

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga"

Berkata Hukama : ” sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seseorang yang soleh atau toleh, maka tidak perlulah kamu bertanyakan sesuatu di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang2 yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ,ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu.”

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya

Jangan pernah pandang kesalahan yang pernah dia lakukan, namun pandanglah semua kebaikan yang pernah dia lakukan.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya

p/s:wat semua rakan-rakan kehidupan kita di dunia adalah sementara..bile2 masa dia boleh seru kia tk kembali kepadanya.sentiasalah bermuhasabah diri..Sesungguhnya setiap manusia itu penuh ngn kedaifan dan kekurangan..salam sayang tok insan bergelar sahabat..

1 comment:

ayisy said...

Salam. Orang Rengit nih. Huhuhu.. :)